SEJARAH BADAR

BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR) SMK Seri Kenangan Segamat ditubuhkan pada tahun 2005, iaitu sejak awal penubuhan sekolah lagi. BADAR berperanan sebagai badan yang menerapkan elemen penghayatan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan. Ketika itu, BADAR ditubuhkan atas nama Ahli Jawatankuasa Surau An-Nur (AJKS).  Namun, gerakan AJKS hanya tertumpu kepada pengurusan surau dan majlis berunsurkan keagamaan sahaja. Kemudian BADAR ditubuhkan di bawah kepimpinan Pengetua Cemerlang, Tn Hj Ayob Bin Jantan bagi memperkasa pembinaan sahsiah para pelajar SUKSES dengan berpaksikan nilai-nilai agama.