Sunday, 23 October 2011

EXAM FEVER SPM

PENGUMUMAN PENTING!!!
Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon SPM 2011 SUKSES!!! 
INGAT!!! A+ sahaja dikehendaki. 
Percayalah, sesungguhnya kejayaan kalian akan diiringi doa daripada kami warga SUKSES. 
InsyaAllah. 
Amin =)

FENOMENA PMR

Wahai pelajar PMR sekalian!!!
PMR dah habis.
RESULT hampir keluar.
SURAT PINDAH menunggu.
SBP dah calling.
Apa tunggu lagi.
=)

ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI


Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

KECANTIKAN : DI MANA NILAINYA?


"Phewittt! Yo! Aweks cun lalu lah. Wahhh!! Comelnya dia. Perghh!! Dia jeling! Assalamualaikum boleh abang nak kenal?" usik sekumpulan budak nakal yang tak pergi solat Jumaat, tapi bangga kemain dekat kedai makan sambil 'phewit phewit' awek yang lalu lalang sambil ketawa berdekah-dekah.
"Ha! Artis Korea ni cute sangat-sangat! Very love her! Nak jadi macam dialah. Kenapa dia lawa aku tak lawa? Semua baju dia pakai semua nampak cantik. Ishhhh... jelesnya aku!", bentak seorang gadis sambil menatap sebuah majalah hiburan yang terkenal.
Manusia sememangnya hidupan yang pelik, istilah kecantikan didefinasikan kepada pelbagai. Kalau di Iran, wanitanya begitu obses dengan hidung yang dibedah, atau di Mauritania di mana wanita gemuk dianggap seksi dan mengghairahkan. Bagaimana dengan masyarakat kita sendiri pula?
Tidak perlu mempunyai hidung yang mancung seperti paruh seludang, atau wajah yang sesempurna Aishwarya Rai. Cukup dengan berpakaian tapi seolah-olah "bertelanjang" dan mengenakan kain ela yang pelbagai untuk menutupi kepala, itu cantik namanya.
Minta maaf bukan hendak memperlekehkan kecantikan plastik wanita, itu realiti yang telah lama bertapak dalam mentaliti masyarakat kita. Tipikal? Tiada siapa yang boleh menafikannya.
Pada saya kecantikan ialah bagaimana mata mereka yang memandang itu mentafsirnya. Lebih tepat, pandangan orang lain terhadap fizikal kita. Betul! Dan saya pernah membuat eksperimen sendiri dengan mengajak adik-adik lelaki saya untuk memilih artis wanita yang mereka rasakan tercantik.
Hasilnya seperti diduga, setiap daripada mereka memilih artis wanita yang berlainan. Bila saya tanya kenapa pilihan masing-masing yang terbaik, semua sibuk memberikan seribu satu alasan yang tidak boleh diterima oleh akal saya.
Lihat! Bukankah itu bukti yang nyata bahawa kecantikan itu terlalu besar skopnya untuk diperjelaskan kepada umum? Apa yang cantik di mata saya atau anda, tidak semestinya akan cantik pada pandangan orang lain juga.
Persoalannya, adakah apa yang kita ada sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim dan pilih bulu dengan memberi sesetengah daripada kita wajah yang cantik manakala setengah lagi fizikal yang tidak sempurna?
Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu mengapa ada sesetengah daripada kita masih meratapi kekurangan yang ada pada diri masing-masing?
SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..

Result Oh Result, Tanda Dia Cinta

Hujan. Malam yang sunyi. Amani mengerling kepada telefon bimbitnya di sebelah bantal. 1.04 pagi. Daripada saat dia merebahkan badan ke atas katil lebih kurang pukul 12.30 malam tadi hingga waktu ini, matanya masih belum mahu bekerjasama dengan badannya yang mahu rehat awal.
Fikirannya terasa penat dan lelah. Resultnya jatuh teruk berbanding semester lepas. Jika dahulu , Alhamdulillah dia sempat menerima anugerah dekan tetapi semester ini, sekadar cukup-cukup makan, memang langsung tidak mencapai target.
Fikirannya melayang kepada sahabatnya nun jauh di utara, Syahirah. Malam tadi Syahirah menghantar mesej bertanyakan khabar, bertanya mengenai keputusan peperiksaan akhir lebih tepat. Amani tahu hati sahabatnya yang satu itu sedang berbahagia dengan keputusan peperiksaannya, melihatkan pada status di facebooktadi sudah mengiyakan telahannya.
Dia juga turut merasa tempiasnya. Iyalah, itu sahabatnya. Sahabat yang setia bersama susah dan senang. Sejak dari matrikulasi lagi. Ditakdirkan Allah S.W.T mereka belajar di universiti yang sama, juga di utara tanah air. Tempat yang dirasakan sesuai sungguh untuk belajar.
Walaupun dia perlu berkelana jauh dari keluarga demi mencari ilmu.  Walaupun ada sahabatnya di sini musykil, bagaimana ia boleh belajar di tempat seperti itu, jauh dari bandar . Tetapi baginya, daerah itu menemukan dan mendekatkan dirinya dengan Dia yang tercinta. Daerah sunyi bak kata mereka, tetapi punya sejuta perkara yang mengajarnya tentang apa itu Cinta Yang Esa.
"Amani, are you sure you are okay? Menangislah kalau perlu, aku selalu ada kat sini untuk kau."Mesej Syahirah membuatkan dia tersenyum. Betul, inilah sahabatnya yang tidak pernah gagal membuat dia tersenyum.
"Aku okay je cik Irah wei. Aku pun tak tahu sebab apa tapi sampai sekarang aku tak nangis-nangis lagi. Yang aku rasa, kosong," Amani membalas, dia sendiri tidak pasti kenapa matanya degil sungguh hari ini. Dia hendak menangis, rasa sesuatu yang berat sedang dirinya pikul.
"Kau tahu kan kalau Allah S.W.T uji, tandanya Dia sayang kan? Allah S.W.T nak beritahu kau yang Dia sayang kat kau, Amani. Dia suka kalau kau mengadu pada Dia. Memang aku dapat result yang melepasi target, Alhamdulillah tapi aku sekarang takut, takut kalau-kalau nikmat kejayaan dunia ni buat aku terlalai, kau pun tahu ujian kesenangan ni yang mudah buat manusia jatuh. Aku tahu kau sedih, aku kenal kau bukan baru sehari Amani. Kalau kau tak boleh menangis sebab ni, cuba kau menangis sebab kau tak boleh menangis. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Mulk ayat 13, "dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati." Allah S.W.T tahu apa saja dalam hati kau, Amani. Kalau kau rasa hati kau kosong, jangan cuba isi dengan dunia, tapi isi dengan akhirat. Maaf, tapi kau tahu kan aku suka kalau tulis mesej panjang-panjang ni. Hehe." Syahirah, Syahirah.
Antara kawan-kawan yang dia ada, Syahirah paling cepat tangkap apa yang dirinya perlukan. Memang sahabatnya ini suka benar menulis mesej panjang-panjang, inboxnya ini kadang-kadang tidak cukup memory. Mungkin kerana dirinya suka simpan mesej-mesej Syahirah, mesejnya penuh dengan isi walaupun gadis itu nampak bersahaja.
"Aku tahu Irah. Dia uji sebab Dia sayang. Aku tengah cuba untuk redha dengan semua ni. Aku kadang-kadang, bukan, selalu aku buta pada rahmat-Nya. Tak apa, kau punya mesej berisi, panjang pun boleh jugak ubat hati aku. Thanks ye Irah." Amani tersenyum.
"Sebut pasal ubat hati, tadi aku ada baca kat satu blog tadi, nak kongsi dengan sahabat aku yang tersayang ini. Penulis itu kata, kalau dah tahu kita macam jauh daripada Allah S.W.T dan rasa macam tak ada dalam rahmat Dia, janganlah pulak kita pergi dengar lagu, konon-konon nak lepas tekanan. Jangan pulak pergi tengok movie, konon-konon bagi free sikit otak daripada rasa sesak. Tapi cuba isi dengan sesuatu yang boleh bagi kita dekat dengan Allah S.W.T. Contohnya, baca tafsir al-Quran ke, dengar nasyid ke, pergi tengok keindahan alam ke, pergi baik-baik dengan kucing ke kan. Bab baca tafsir tu, aku dah pernah buat dan Alhamdulillah, aku bertemu ubat hati yan paling mujarab. Sebenarnya tak payah aku cakap pun, kau dah sedia tahu kan Amani?"
Syahirah memang gemar membaca blog, boleh melihat kehidupan orang lain katanya. Dia kata kadangkala apabila membaca kisah hidup orang lain, boleh buat kita rasa syukur sungguh-sungguh dengan hidup yang kita ada.
Matanya masih terkebil-kebil, biasan lampu dari ruang tamu membolehkan dia menatap siling biliknya.
Tadi ibu kata, "Amani kata Amani rasa macam jauh dari rahmat Allah S.W.T bila tengok result yang Amani dapat. Tapi sebenarnya bukan macam tu sayang. Allah AS.W.T sedang menyampaikan rahmat-Nya pada Amani, melalui ujian kegagalan ni. Allah S.W.T nak Amani lagi dekat pada Dia dan belajar untuk bersyukur dengan semuanya. Tak semua yang dapat ujian macam ni, rahmat Allah S.W.T itu luas, sayang. Cuba Amani tengok, kat luar sana. Mungkin ada yang lulus dengan cemerlangnya tapi dia sempat pergi celebrate dengan cara-cara maksiat, pergi konsert, kelab malam, bercampur lelaki perempuan. Nak tunjukkan betapa gembiranya dia. Allah S.W.T sedang uji jugak dia dengan kejayaan, ujian dia lagi besar daripada Amani." ibu mengusap lembut kepalanya.
"Allah S.W.T sayang anak ayah ni, sebab tu Allah S.W.T  bagi Amani rasa yang Amani macam jauh daripada Dia sedangkan sebenarnya tak. Allah S.W.T nak tarik balik Amani agar selalu lebih ingat pada Dia. Ayah selalu ingatkan anak-anak ayah, jangan lupa sesaat pun pada Allah S.W.T. Jangan tinggal solat, jangan lupa al-Quran, jangan lupa apa Nabi S.A.W pesan." Ayah menambah. Amani tidak berani mengangkat pandangan. Hatinya dijentik rasa kesal kerana tidak tahu bersyukur.
"Orang-orang yang beriman dan bertaqwa itu apabila dia diuji dengan kesenangan, dia bersyukur dan bertambah keimanannya pada Allah S.W.T. Dan apabila dia diuji dengan kegagalan, dia juga pantas bersyukur dan bersabar dengan ujian itu. Sebab dia yakin Allah S.W.T sedang mendidik dia dan Insya-Allah ada pulangan yang lebih baik dari jalan-jalan yang dia tak sangka. Cuba kau tengok tafsir ni, "Barangsiapa bertakwa kepada Allah S.W.T nescaya Dia akan bukakan jalan keluar baginya, dan Dia memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah S.W.T nescaya Allah S.W.T akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T melaksanakan urusan-Nya. Sungguh Allah S.W.T telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." Ini ayat dua dan tiga dariSurah at-Talaq. Cantikkan apa yang Allah beri pada kita? Jadi, senyum saja, tak perlu kata apa-apa. Hehe."
Kata-kata daripada Syahirah waktu dia sedih sebab tidak yakin dengan kemampuannya dalam temuduga biasiswa hari itu kembali menerjah di ingatannya.
Betul. Dia selalu lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T bagi pada dirinya. Dia ada ibu, ayah dan sahabat-sahabat yang selalu di sisi dia.
Subhanallah, Allah S.W.T tidak pernah lupa pada dia tapi dia selalu leka dengan dunia. Allah S.W.T ada berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 152, "Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."
Tetapi dirinya sekarang, tidak bersyukur malah semakin menjauh pula daripada Allah S.W.T. Jahatnya dirinya, dia sedih dengan diri sendiri.
Dekatkan diri pada Allah S.W.T. Amani bangun daripada katil. Ya, dia perlu berubah. From good to better. Dia melangkah ke bilik air dan berwudhuk.
"Allahuakbar..."
Amani berteleku di sejadah. Air matanya menitis laju. Kali ini bukan kerana dunia, tapi kerana Allah S.W.T semata-mata. Dia sungguh-sungguh bersyukur di atas nikmat iman dan Islam yang di pegang. Dia ingin memohon sungguh-sungguh pada Allah S.W.T dan berserah semuanya pada Dia Yang Kuasa. Sebab Dia sayang Allah S.W.t. Dan dia tahu Allah S.W.T sayang dia. Amani, senyumlah.

MIMPI RASULULLAH SAW



Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA
.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK
 telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cubauntuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cubaberbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
 lalu menyeru k epada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

IKHTILAT???

:ikhtilat? what's that?

:ikhtilat itu pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi..dan ia perlu dijaga.

:owh, kalao tak jaga?

:itu yang jadi kes 'coupleee' , 'teman tapi mesra', 'bestboyf' ,'kawan lelaki' and all lah..

:lah,, xboleh ke sume tu?

:of course lah tak boleh.. sbb, Allah ade berfirman "Dan janganlah kamumendekati zina; (zina) itu sungguh perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk. " [al-isra':32].. Allah guna perkataan mendekati bukannya membuat zina sbb Allah tahu kita mmg susah nak kawal nafsu kita.. once da jumpa, mesti ade ter-pegang, once da touch-go-jerla..faham?

:owh,, baru faham.. habes tuh mcm mne kalau..... kita nak berhubungan ngun diorg (muslimin@lelaki)?

:kita nih hanya dibenarkan berkomunikasi dgn mereka atas 3 perkara iaitu ; pendidikan, perubatan, perniagaan.. itupun, niat still tak halalkan cara..kalau mmg dah terdesak sgt time tu baru boleh... dan still lagi ade syarat-syaratnya. ;
1. jaga pandangan, sbbnye kita pun tahu dari mata jatuh bergolek-golek ke hati.
2. jaga suara, jgnlah gunakan suara yang ayu yang tangkap lentok kalau dengar. bkn bermakna kena tukar suara jdi suara lelaki tapi, cukup sekadar tegaskan suara ikut nada yg seuai.
3.jaga body language, cuba utk kawal body language kita kerna dikhuatiri mereka akan salah tafsir bahasa tubuh kita..
4.jaga jarak.

:owh, maknanye tak bolehlah nak gosip2 or borak dgn budak lelaki?

:yes,, exactly mmg tak boleh sbbnya we don't know whats gonna happen next. who knows kita tak dapat kwl diri kita n ter-ber-tepuk tampar pulak dgn die.. or maybe, dia ter-suka kat kita bila tgk reaksi kita.. byk kemungkinan yang ada.

:mcm mane kalau saya yg tgh couple nih? tapi, kitorg couple islamik perh.. gune ana-anta.. die selalu kejutkan saya qiam dan selalu ade slot tazkirah bile berbual.. dia selalu igtkan saya pada Allah

:owh,, there's no such thing 'couple islamik'. sesungguhnya, syaitan telah mengaburi mata kita yg gne istilah itu utk membenarkan perbuatan kita. lagipun, takkan lah all the time kita igt Allah bile mesej/borak dgn dia.. sekali-sekala pasti akan terucap ucapan sayang atau rindu pada dia. betul tak? kita kena syaitan tu always hve another way to cheat us..

:ala,, kitorang dah aim nak kahwin dah lepas nih.. confirm punye.. skrg cume tgh fasa perkenalan hati budi masing2 dgn lebih mendalam..

:and again niat tak menghalalkan cara. kalau nak kahwin, kahwin saje lah.. tak yah tunggu nanti and berkenalan ketika dlm hubungan yg sah.. lagi best,, takde batas2..

:saya tahu "lelaki yang baik utk perempuan yang baik and vice versa" [an-nurr: 26].. andailah kalau saya break up dgn dia skrg.. possible tak saya nak dpt lelaki yg baik?

:nothing is impossible.. if u repent and change into a better person, with Allah's will, u'll get someone much2 better.. tapi,, igt kalau nak berubah niat kena betul kerana Allah.. dan berubahlah step by step supaya dapat istiqomah.. bykkan doa dan solat taubat kpd Allah..
kawan2,, isu hati nih mmg sgt susah nak diubah.. mmg fitrah kita akan suka pde yg berlainan jenis even magnet pun.. tapi,, kita kena bijak dalam menyalurkan fitrah kita kpd jalan yg benar dan diredhoi Allah..